Saturday, November 19, 2011

The Soft Heart is the Strong

Joy overflow upon meeting
Tears flow from the eyes upon departing
Smile upon the face of the beloved
Sincerely of love and nothing less

Disregarding problems
Ignoring voices with mood swings
Anger in speech
That is not strong
That is pure arrogance. Ego of the obvious.

Upon guilt is the instinct to beg forgiveness
Unforgiven induces self-destruction
But strong enough to avoid suicide
That is soft. But strong.

Staying quiet in anger
Voice out softly the disagreements
Mature dialogue without raising voices
That is the calm spirit of the soft heart

Strong as the sword swings of Umar. Soft as the voice of Ibn Masuud.
Guilty as Abu Dzar requesting forgiveness from Bilal with head in the dirt ready to be stepped.
Not the best as the Prophet, but those are the traits that he left behind.

Be Soft. But Be Strong.

Wednesday, October 19, 2011

HIMPUN?

Mungkin ada la sesetengah pihak yg saje buat perbandingan rally mana yg lagi baik. Bukan saya nak kata ada rally yg jahat, cuma saya nak gariskan yg mana patut diutamakan. Yg mana baik tak baik, anda boleh nilai sendiri.
1. Bersih membawa mesej nilai-nilai murni yakni hapuskan korupsi, ketelusan, human rights dan lain-lain, Himpun membawa 1 mesej lebih murni. AQIDAH.

2. Bersih diketuai oleh bukan islam, Himpun diketuai oleh GABUNGAN NGO2 ISLAM

3. Bersih disertai islam dan bukan islam, Himpun IA diwakili oleh majoriti islam 
4. Bersih disokong dan disertai oleh pelbagai parti tapi tidak bermotif politk, Himpun tidak disertai oleh mana-mana parti politik tapi dikatakan bermotif politik.

5. Bersih dipuji kerana memperjuangkan rakyat, Himpun difitnah kerana memecahkan rakyat berbilang kaum.

6. Ketua Bersih mendapat pengiktirafan antarabangsa, ketua Himpun difitnah bangsa sendiri

7. Bersih membawa mesej keamanan, Himpun dituduh membawa mesej ketegangan kaum

8. Bersih tidak mengambil kira kesatuan umat islam, Himpun meletakkan kesatuan islam agenda utama
Terima Kasih saudara Aminuddin Yahya.
Jika atas nama Islam pun mereka enggan bersatu, ternyata parti politik sekarang sudah berjaya merosakkan Islam yang sebenar.

Sunday, September 25, 2011

"You Think You Know a Person"

Have you ever had that time where you are befriend a person, and then he or she is nice and all, everything's good about em, life is good, yadda yadda yadda.

And then suddenly he does something bad. I mean really bad. Something out of the ordinary. Something unusual for you to see in him. It's like he does something that makes you irritated or annoyed.

And then you go "so that's his true colours. Now I know what kind of person he is."

You should be ashamed of yourself to think that way. Seriously.

Why is it that you see one bad thing in him, and you think you know what kind of person he is?
How is that you've had him be so nice to you,  and you never said anything about that?
You never even considered that there is something wrong happening around him, making him act unusually weird.

If you think you can judge a person by one of his bad action, then you should think about how bad YOU are. If you think you're so great and good, then let me tell you, YOU are weird. YOU are bad. YOU STINK. You should just go into some corner and die.

P.S. No inspirational and educational purposes in this one but one message. HUSNUZHON IS ALWAYS THE BEST

Sunday, August 14, 2011

MUSLIM CAP AYAM

Cap Ayam tu bila kita diselubungi oleh kata2 takpe..

dia kapel, kita kata takpe....
tak romen pun..

tak pakai tudung, kita kata takpe...
bila dia dah sedia nnt dia pakai la. janji smayang.

tak tutup aurat, kita kata takpe...
sama2 kita je kan...dah mcm adik beradik dah

suka tgk tv yg takde faedah, kita kata takpe...
nak isi masa lapang, nak buat ape lg...

suka tgk kapel brmesra2, kita katatakpe...
sweet ape...

pegi konsert, kita kata takpe...
enjoy live music, baru seronok!

Ayat-ayat standard kita biasa dengar, ye tak? Inilah yang mencerminkan peribadi diri kita yang menerima segala kemungkaran dan dosa yang dianggap biasa di sekeliling kita.

".....maka hendaklah ditegah (membenci) dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman"

Berdasarkan daripada pandangan saya yang tak seberapa ini, bahagian hadis inilah yang diambil sebagai benchmark untuk consider diri kita sebagai "beriman". Teramatlah kurang daripada kita yang ingin mengejar ke arah keimanan yang mantap hakiki. Matlamat inilah yang patut diketengahkan dalam diri kita dalam menguatkuasakan dakwah dalam jiwa kita.

Husnuzhon (berbaik sangka) itu memang perlu ditanam dalam diri kita, tapi kita tidak patutlah menerima kemungkaran yang dilakukan oleh orang sekeliling kita dengan hati terbuka. Kedayusan dalam jiwa kita menjadikan dosa dan pahala itu terlarut sempadannya lalu mengelirukan sang pendosa itu sendiri.

Maka diteruskanlah maksiat-maksiat di hadapan mata. Kita pun terus ber"takpe" dan ber"tak salah pun". Subhanallah, how low have we fallen.

"Sesungguhnya kekurangan pertama yg menyusup ke tengah-tengah bangsa Israel ialah bahawa salah seorang antara mereka menemukan sahbatnya sedang mengerjakan dosa lalu ia berkata: "Oh, teman. Bertaqwalah kepada Allah & tinggallah apa yang anda perbuat. Itu tidak boleh!!" Kemudian keesokan harinya bertemu lagi dalam suasana sama lalu orang pertama tadi tak merasa janggal lagi untuk makan & minum & duduk bersama dengan orang yang dilarangnya kelmarin. Dan setelah keadaannya demikian, maka Allah memukulkn hati mereka satu sama lain sehingga mereka saling bertengkar & saling mempersalahkan antara sesamanya." (HR Abu Daud & Tirmidzi)

Moga Allah kurniakan kita hidayah untuk menghindari diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang sebenarnya adalah kemungkaran, tetapi dilihat sebagai "takpe" di mata hati kita.

Labbaika Allahumma Labbaik

Saturday, August 6, 2011

Permainan Tarik Tali

Di dunia ini hanya ada dua tarikan, dan dua itu sahaja yang wujud dalam kehidupan dunia kita.

Tarikan Keimanan ------ Tarikan Syaitan

Dua inilah yang menjana amalan seharian kita. Tiada yang berada di tengah-tengah.

Tarikan keimanan ini yang akan menyebabkan kita mudah dan kerap melakukan amal soleh, dan berazam untuk melakukan kebaikan. Tidak kira tempat dan waktu, fokus dalam segala amal kita adalah untuk mencari redha Allah s.w.t.. Inilah yang sepatutnya mengisi kehidupan kita.

Tarikan syaitan pula menghiasi futurnya, dan menghiasi cintanya kepada dunia. Ini yang menjadikannya berseronok dalam kelalaian, malas, berlengah-lengah, membazir masa, dan sebagainya. Kerap juga kita merasakan amal-amal ini tidaklah membawa mudarat, mahupun apa-apa kebaikan. Itulah tipu helah syaitan untuk membuat kita rasa "tak salah pun".

Kadang kala sewaktu kita melakukan kebaikan, timbullah rasa kehebatan diri yang tidak menepati syara'. Diiringi pula dengan pujian rakan-rakan yang menjadi pemangkin untuk syaitan menyelit rasa bangga diri dan megah dalam diri kita. Di situ kita dapat lihat bagaimana tarikan syaitan itu ingin menang ke atas tarikan keimanan.

Maka berulang-aliklah kita di antara dua tarikan ini. Demikianlah takdir Allah. Inilah ujian yang jelas kita hadapi setiap hari.

Saudara dan saudari sekalian,
Akan saya doakan setiap hari moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk menarik kita ke arah keimanan..

JANGAN MENGALAH KEPADA SYAITAN!! TARIIIIKKK!!



Disclaimer: Muhammad Ahmad ar-Rasyid (Muntalaq)

Wednesday, August 3, 2011

Ibrah Wira yang Dilupakan

Jejaka tampan kacak bergaya,
Wangian indah kain berjenama;

Rebutan wanita buah mulut tetangga,

Sang wira berjasa tidak dipelajari semua.

Demikian serba sedikit saya ringkaskan pandangan saya terhadap Mus'ab bin Umair r.a.

Siapa lelaki ini?

Beliau adalah Mus'ab bin Umair, pemuda anak orang kaya di Mekah yang telah menikmati sebaik-baik makanan, pakaian dan wangian pada masa itu. Beliau menjadi buah mulut orang ramai, peribadinya menjadikan masyarakat sekeliling kagum dengannya.

"Tiada siapa di Mekah yang lebih tampan daripada Mus'ab. Tiada siapa di kota Mekah ini yang lebih baik pakaian dan makanannya daripada Mus'ab. Tiada anak yang dibesarkan dengan kasih sayang yang lebih daripada dia."

Lebih kurang macam tu lah kata-kata Nabi untuk menggambarkannya.

Namun itu bukanlah ciri-ciri utama yang membuatkan Mus'ab sangat istimewa.
Istimewanya Mus'ab adalah kerana pendirian dan sumbangannya selepas memeluk Islam.

Beliau, sepertimana anak muda lain, mempunyai perasaan ingin tahu tentang perkara yang baru. Di situlah sikap terpuji yang terawal saya dapat lihat, sikap pedulisme, yang membawanya kepada Islam.

Tapi semua kebaikan itu tidak datang tanpa pengorbanan.

Beliau tidak kisah bila dipulaukan keluarganya sendiri.
Ibunya mogok lapar. Beliau digari dalam rumahnya sendiri.

Kemudian diusir sehelai sepinggang.
MashaAllah. Pengorbanan seorang pemuda demi agamanya.

Namun, sumbangan terbesarnya pada pendapat saya, adalah apabila beliau menjadi wakil pertama Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib. Beliau berdakwah dengan ketulusan dan bakatnya yang dianugerahi Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan mereka yang ingin menghalaunya keluar daripada Yathrib seperti Usaid bin Khudair dan Saad bin Muadz, yang akhirnya memeluk Islam.

"Silalah duduk dan dengar dulu. Andai kamu suka apa yang saya katakan, kamu boleh terima. Andai sebaliknya, kami akan pergi." katanya kepada Usaid apabila diancamnya.

Saya rasa tidak perlu saya ceritakan tentang kesedihan kematian beliau dalam perang Uhud.
Apa yang istimewanya ketika beliau meninggal,
Nabi berdiri di sisi mayatnya, menangis atas kematiannya dan membacakan al-Ahzab:23

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menetapi apa yang telah mereka janjikan kepada Allah..."

Adapun pakcik baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, Asadullah Panglima perang Islam ternama yang juga syahid dalam perang yang sama, namun di sisi Mus'ab jua yang menakungkan air mata Nabi.

Saudara dan saudari sekalian,

Sifat beginilah yang kita inginkan dalam pemuda pemudi kita. Belia yang mampu menjaga "cool" tatkala diserang dengan kata-kata pedas, tidak berputus asa menyebarkan kebenaran yang diyakininya, tabah meninggalkan kemewahan yang selama ini memaniskan hidupnya.

"Bila aku lihat kamu buat pertama kali di Mekah, tiada siapa yang lebih tampan dan segak bergaya daripada kamu, tapi aku lihat kamu sekarang berambut yang tidak tersikat, dan hanya satu sahaja kain yang menutup badanmu!" kata al-Mustafa.

Disebabkan oleh Mus'ab lah ramai yang memeluk Islam di kota Yathrib. Disebabkan tugas yang dijalankan olehnya, wujudlah ramai yang ingin bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Disebabkan beliau, bolehlah Nabi berhijrah ke Madinah, dan bermulalah perkembangan Islam ke pelusuk dunia.

Kebanyakan pemuda pemudi kita mengambil ringan akan tugas dan peranan beliau.

Terus pemuda kita bangkit kemarahan andai dikata dengan kata-kata menggores hati.
Dibalasnya dengan kata-kata yang tiada bezanya dengan sang pencaci, tidak kurang juga dengan kelantangan suaranya.

Mereka ingin terus ke matlamat tanpa ada usaha seperti peranan Mus'ab. Adapun mereka yang membanggakan keadilan Piagam Madinah, tapi kurang berusaha ke arah menanamkan nilai murni ke dalam hati manusia yang akhirnya mencintai Islam.

Moga Allah merahmati ruh Mus'ab bin Umair, dan moga Allah mengurniakan kita belia-belia yang sepertinya di saat jahiliyyah ini.

Ameen.
Allahu Akbar.


Disclaimer: Khalid Muhammad Khalid - Men Around the Messenger.

Sunday, July 17, 2011

Kegembiraan Hadir secara Tiba2

Sebelum ni saya selalu mengeluh kepada diri saya ni. Kenapa la jarang sangat kawan2 nak ajak saya keluar. Makan ke, main ke, jalan2 ke, benda2 macam tu la. Teringin juga saya ingin bersosial bersama kawan2. Lagi2 bila teman rumah saya ni rajin sangat diajak keluar.
"****, jom keluar pergi ********. Kita pergi ********!" kata seorang sahabat saya dari rumah lain dalam telefon yang sedang bersiap dengan kawan2 serumahnya.
"orait, *****, nanti aku datang rumah kau kita gerak sekali. Dah lama dah tak ********!".

"Bro, nak keluar dengan ***** kejap".

Segan pula saya nak mention selama 2 tahun saya kat sini, saya tak pernah pergi ********. Selalu dalam kepala otak saya yang tak cukup tarbiyah ni memikirkan saya ni terlalu bosan untuk diajak keluar. Atau mungkin kereta tak cukup tempat. Tak tau la saya. Tak kisah dah.

Malangnya mentality saya ni bukan husnuzhon selalu. Tapi bukanlah buruk sangka terhadap mereka, cuma buruk sangka terhadap diri sendiri. Tapi tak pernah memikirkan hikmah di sebalik persendirian ini.


Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertaqwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

(Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
Rupa2nya Allah nak saya spend time untukNya. Saya tak nafi saya banyak buat benda lagha bila saya seorang diri. Main dota, tulis lagu, main, main, dan main. Tu je. Tapi takdela saya tak fikir ibadah langsung, ada la juga dari semasa ke semasa.

Tapi....hmm...itulah dia hikmahnya. Subhanallah, tak ku sangka betapa banyaknya peluang Dia beri kepadaku. dan kegembiraan hadir secara tiba2....

just to remind you and me, friends; you are never alone.

Thank You, Allah. You are the Greatest.

Saturday, July 9, 2011

Mengejar dalam Pelarian

Mungkin ada yg tertanya knp sy ambik keputusan utk blajar kat Australia. Sy rasa tak pernah cerita kat sape2 sbb takde sape nak tanya. Mungkin jgk anda tak teringin pun nak tau. Anda tak teringin nak tau, Ada sy kisah?
  • Sy kurang minat dgn sistem pembelajaran yg menjadikan mcm2 wajib. Mcm wajib kokurikulum, wajib pergi ceramah pape, dsb. Sy tak nafikan semua tu benda baik yg dpt mengelakkan pelajar terjebak dgn benda2 yg kurang sihat, tp sy rasa sy sndiri tak perlu semua tu. Sy ada byk lg program yg sy nak buat sndiri, tqvm.
  • Sy dah muak dgn perangai pelajar2 senior yg dlm fikirannya perlu ada sesi ragging budak baru. Alhamdulillah waktu kat MRSM Transkrian sy dpt senior2 yg baik & bagus belaka. Sbb mereka sndiri tau mcm mana rasanya kena buli, dihina, dimalukan dsb. Malangnya sifat terpuji mereka ni tak dimiliki oleh majoriti budak2 lain.
  • Sy sedih dgn budak2 muslim kat Malaysia yg perangainya tak mcm muslim. Kata muslim bro, tp apa cite carut2 gelang2 gewe2 hilang dara hidung tinggi gaul bebas kata rilek brader semua tu?
  • Sy dah bosan dgn kegawatan politik yg di kalangan masyarakat n juga ahli politik yg mendesakkan keadaan utk memilih pihak, as in pick a side. Sy rasa mereka tu mcm budak2 tak habis2 nak gaduh. Bukannya nak cari keamanan dan kesejahteraan dan mutual understanding, tp nak cari gaduh, dua2 pihak saling tikam menikam.
  • Sy nak lari drpd semua benda yg tercatat di atas
  • Ilmu agama, bukan priority sy. Apa yg sy nak cari di sini, adalah cinta trhdp agama. Dgn adanya cinta, maka ilmu akan mengiringi cinta ke mana saja.
  • Curtin Miri ada, knp sy tak nak kat sana? Sbb Sarawak masih tak cukup jauh, masih lg kat Malaysia.
  • Cinta Ilahi. main priority. punca kebahagiaan. di mana saja. klu sy kat Malaysia, sy rasa objektif ni kurang terfokus sbb masalah2 di atas.

Alhamdulillah, sy bahagia kat sini. Berjauh dgn yg trcinta, sy dah terbiasa. Sy sndiri tak kisah mana pun. Sy tau sy mmg menyusahkan org sbb nak blajar jauh2 pun bukannya pkai duit sndiri, pakai duit org jgk. So, andai anda rasa sy patut balik sbb sy menyusahkan, sy akn balik. pandai2 la sy cari kebahagiaan sy. Mohon doakan sy.

Yours truly

Monday, June 20, 2011

This Is Islam: A Unique Guide

Islam does not recognize any other god other than Allah, the one God. In some religions, there are many gods of which bestow and create different things individually like wealth, mountains, health, so on and so forth. Therefore, their deities were not the creator of mankind, thus were not the best to know the system of man.

Islam is a religion that Allah organized Himself, He who knows every flaw, every weakness within mankind, thus He sends us Islam for us to follow to improve ourselves in our daily lives. It is not that He accidentally made flaws within us like technical mistakes or without His will, but the flaws within us are created on purpose, by His will, so that we can decide whether or not we have the will to obey Allah, which can benefit us.

A prominent example how man is tested within Islam is that the situation of Woman. She has an attractive body figure, feelings and emotions that are triggered by certain situations and other factors of only Allah can know and understand, thus Islam is sent upon us by Allah so that we can learn how handle those kinds of situations. However, the test lies within whether or not the woman decides to follow, or not. If she follows, she will be rewarded by Allah in the hereafter, alongside with other benefits she can obtain in life. On the other hand, if she doesn't follow, there will be dire consequences both in life and the hereafter. That is a brief example.



Laws and system created by man will be impossible to be free from the desire to benefit a certain party. There will be a certain party that will always be oppressed, be it the minority of a society, or the majority. Things will never go righteously.

However, Islam is the intermediate system that is just and fair, appropriate for all mankind. It fulfills the need for both muslim and non-muslim. The various rights of non-muslims are also undeniably prioritized in the Islamic system. Maybe we will get to that some other time.

The fact is that everything needs a guideline. A system created by man can never be perfect. It is literally impossible, thus Islam is an excellent method we can follow.

Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil Azhim.

Disclaimer: Haza ad-Deen 1954

Tuesday, June 14, 2011

Thank You

My voice ain't THAT good. I can't play music so nice either. but still, I just wanna say thank you to all of those that help me a lot..before I don't have the chance to say it in person.
You don't have to watch it, just listen to it is ok.

and if you MUST know, who I wanna say thank you to...... it is you, my friend.
you are a good person. and we all know good people don't last very long.
God couldn't let them suffer to experience so much pain and hatred in this world, so He tends to take them Home as soon as possible.


video

Saturday, June 11, 2011

Kenapa Saya Kata Melayu Seiring dgn Islam

WARNING: CERITA PANJANG

Dalam Islam, semua manusia sama. Takde yg lebih baik drpd org lain. Betul.

Akan tetapi.
secara fikrah muslim kita, sesiapa yg muslim, atau beragama Islam, atau yg memegang Islam sbg hidupnya, org yg beriman kpd Allah, dialah yg lebih baik.
betul tak?
jadi tau tak apa bezanya org melayu dgn org lain? org melayu tu muslim.
yes, bukannya bangsa lain takde yg beragama Islam. betul.
tapi secara general, keseluruhan, de facto, org melayu tu adalah org Islam. betul tak?
correct me if im wrong there.

conclusion kecik, Islam lebih baik drpd bukan Islam. dr segi fikrah Islam la kan.

Orang Melayu ni, kalau takde Islam, sama je dgn org lain. Betul.

Tapi hakikatnya,
Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. (wikipedia)(sbb ramai org dah pakai wikipedia utk source)

Mcm mana Melayu Muslim (dipendekkan jd Melayu) berbeza dgn Melayu bukan muslim? sini ha

Maksudnya, kalau dia bukan muslim, dia bukan org melayu. dia dikategorikan sbg..? yes, bukan melayu.
habis nak panggil apa? panggil la dia org asli. org kadazan ke. org bugis ke. apa2 la.

so, org melayu, kalau takde Islam, sama je dgn org lain. betul. tapi bukan ke org melayu ni dah org Islam? so org melayu ni ada tak islam ke?
you answer it.

Kalau kita duk banggakan bangsa kita sbb kita beragama, jadi sama la kita ni mcm bani israel.

bani israel membanggakan agama kaumnya sehingga membunuh nabi2 yg diutuskn kpd mereka. mereka reject Muhammad s.a.w, sbb baginda bukan dari kalangan mereka, sedangkan mereka tau Muhammad adalah utusan terakhir.

Kita, org melayu, bangga menjadi pengikut Muhammad. Kita, org melayu, menjunjung Nabi Muhammad dan mengecam sape2 yg mencaci atau mencemarkan namanya.
Kita, org melayu, menjunjung Nabi Muhammad s.a.w sehingga org melayu sndiri mengadaptasikan tulisan Quran (jawi) utk menjadikan tulisan mereka, utk mendekatkan diri mereka kpd agama yg mereka anuti.

Org putih, yg dtg menjajah Tanah Melayu dulu mengilustrasikan org2 Melayu yg defend tanah mereka ni sbg pahlawan2 yg pakai serban tak berbaju. Berpekikkan Allahu Akbar. (KEMM, 2011) Subhanallah, betapa hebatnya org2 dulu menjiwai Islam.

Bangsa Melayu, as we know it, pd hakikatnya telah diwujudkan drpd hasil dakwah Islam yg telah disampaikan kpd mereka melalui daie2 yg meneruskan usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w, lalu diterapkan nilai2 Islam sbg budaya maysarakat tersebut.

So awak kata kita sama mcm bani israel?

Tanpa Islam, Melayu ni hanyalah bangsa kosong. Tapi Islamlah yg memuliakan Melayu. Islamlah yg menjadikan mereka hebat suatu ketika dulu. Jadi apa kamu tak bangga Islam telah menaikkan dirimu? Apa kamu tak bersyukur kamu dilahirkan dlm keluarga melayu yg dah Islam?

Dalam Islam tak ada nasionalisme! ia adalah sama mcm assabiyah!

*Sigh* ni pjg skit. Segalanya sebenarnya berasaskan yg ni la. Moga Allah restui arwah mujadid Imam Hassan al-Banna. Klik paragraph ni.

Hope that explains everything. Note, segalanya berasaskan pemikiran beliau, bukannya kita buat sendiri, kmudian cari hujjah n support drpdnya, ok.

Berbangga dgn adanya Islam dlm diri kita bukanlah takabbur. Tapi ia dipanggil izzah n syukur.

amat penting utk anda tau yg perjuangan bangsa melayu ni bukanla sepatutnya dijadikan agenda utama. Tujuan utama, semestinya menegakkan kalimah Allah di negara kita yg dah dikatakan muslim country. Jadi Melayu ni tak lain tak bukan, hanya sbg alat utk perjuangan kebangkitan Islam. utk menaikkan Islam di Malaysia, tidak lain dan tidak bukan org Islam especially org Melayu la yg perlu bersatu bersepakat atas dasar mereka adalah muslim.

Jadi di situlah pentingya dakwah dan tarbiyah. Ajaklah mereka kpd bersatu demi Islam. Bukan menghentam kesalahan dan duk slalu mengata mereka tu nak jatuh kafir dah tu.

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat. Saya setuju.

Disclaimer:
(di atas hanya pandangan peribadi berasaskan manhaj yg telah disampaikan kpd sy. sy telah dgr n faham byk manhaj, tp yg ini jua sy pilih sbg penyelesaian yg trbaik utk kebaikan Islam di Malaysia. Moga kalimah Allah ditegakkan di bumi kita. Allahu Akbar.)

Thursday, June 2, 2011

Kategori Ibadah

Ada 4 kategori yg diklasifikasikan oleh Imam Nawawi psl ibadah ni. Basis dia lebih kurang berdasarkan apa yg kita dasarkan dlm ibadah kita.

1. Takut
kita takut kpd Allah azzawajal sbg hamba. Mana taknya, Tuhan seluruh alam, kita insan kecil tak bermakna. Lord, and Slave.

2. Saudagar
kita mengharapkan syurga drpd Allah slps kita serve Dia. More or less a business kind of relationship (yg baik la). Give, and rewarded.

3. Malu
kita malu kpd Allah kerana dosa yg kita lakukan. Sbb ada byk benda yg Allah larang, n juga manusia tak suka, tp kita buat. Jd utk jg relationship dgn Allah, kita beribadah. Nk jg relaitonship dgn manusia, that's a different story. Shame, and redeem.

4. Bertimbang
kita fikir ibadat kita diterima or tidak, so kita pulun la considering kita rasa perbuatan kita yg kureng skit ataupun yg...kita rasa tak bermakna n manfaat pun. Imperfect, and compensated.

Sy cite benda kat atas ni pun sbb ada antara kita tak clear objektif kita ibadah. Ada yg beribadah sbb parents ajar, so kita buat. Ada yg beribadah sbb dah mmg kita orang Islam, kita kena smbhyg (sptmana agama lain smbhyg dlm agama mereka).

Harap2 jgnla mcm tu ye. Kita muslim, kita ada direct relationship dgn Allah swt. Sy sure tak semua dlm kalangan kita yg puas hati dgn ibadah kita. Unless anda dah confident gile, tahniah la ye. Moga ringkasan di atas dpt motivasikan kita beribadah dgn lebih lg.

Allah Knows Best

Monday, March 21, 2011

My Music - How I came from Pop Punk to Nasyid

Yes, I used to listen to Rancid, Sum 41, Alkaline Trio, The Ataris, and all that junk. But not anymore, insyaAllah.

I now prefer Kareem Salama, Maher Zain (as most people do), Dawud Wharnsby Ali, and lots more. Most people dont know who they are, so I personally think you should check em out. Their names can be clicked. They are more fun than you would think.

I first started listening to junk music when I was like...8? or 9. not sure. Either one would suffice to say that I was still young and hopeless. I started with A.C.A.B, the most famous skins of Malaysia, I suppose. Followed by Butterfingers, Jason Lo, Green Day, Jimmy Eat World, The Ataris and the other punks.

Of course, with a taste like that, I didn't bother of listening to nasyid and stuff. However, after watching some interesting videos about Islam, I came to listening Dawud Wharnsby Ali. Until now, he is still my favourite singer. The top of my list.

I still listen to some songs that are non-Islamic, but only those that have useful messages for me and those that relate to my life. Not a lot, though. That's a good thing for me. The rest of em, like my past preferences, are trash.

Try listen to some nasyid. There are malay ones, and also english (which I prefer more), that I think you would like. You can use em to replace those trash (no offense) that you love to listen to so much.

Tuesday, March 8, 2011

Jihad Lawan Nafsu......erk

Hadis: ” Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”.

Penerangan:

1. Status hadis di atas adalah tidak sahih (ramai ahli hadis berpendapat ianya dha`if)

2. Antaranya ialah Imam Baihaqi dan Ibnu Hajr Al-`Asqalaniy yang melemahkan hadis tersebut.

3. Imam Az-Zahabiy berkata ianya adalah perkataan yang mauquf (terhenti) ke atas Ibrahim bin `Ablah (seorang tabi`in). Maka ianya bukan dari kata Nabi.

4. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Maka hadis ini tidaklah sahih dan tidak hasan, dari yang dilarang (tidak diterima) sanadnya, dan tidak dikeluarkannya oleh pentakhrij dari kalangan pemilik kitab mu`tamad di sisi muslimin, maka ia bukan dari kalangan Sahihayn (Kitab Sahih Bukhariy dan Muslim), dan tiada dalam satupun Kutub Sittah (Kitab Hadis 6), dan tiada dalam Al-Muwattha’ , dan tiada dalam Musnad Ahmad di atas kebanyakan apa yang darinya”.

5. Imam Ibnu Taimiyyah berpendapat jihad melawan puak kuffar adalah dari amalan yang terbesar.

6. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berpendapat bahawa jihad melawan nafsu adalah salah satu dari pelbagai jenis jihad yang dituntut ke atas muslim.

Kesimpulan:

Hadis “Jihad terbesar adalah jihad melawan nafsu” adalah dha`if, bahkan Al-Qur’an dan As-Sunnah banyak menekankan kepentingan jihad fi sabiliLlah dan fadhilat para syuhada’ yang syahid di medan peperangan. Namun, jihad melawan nafsu turut dituntut dalam Islam dan tidak harus dipandang remeh kerana kebanyakan dari kita susah/jarang sekali dapat keluar berjihad di medan peperangan, namun kita perlu melawan nafsu setiap masa dan di mana-mana jua.

Rujukan:

1. ahlalhdeeth. com
2. islamonline. net

main source

Thursday, March 3, 2011

Lama Tak Update Punya Pasal

ting, ting, ting, ting! Assalamualaikum! HAAaa...

ok, tak jadi mcm chef one. sy Amier. a.k.a. Hajj a.k.a. Legolas.
insyaallah andai ada masa sy tulis la cerita or apa2 yg sy mampu cakap. tp buat masa skrg, sy mcm tak sempat kot.

skrg sy dah masuk 2nd year 2nd sem. tp boleh katakan sy ni mcm bru masuk 2nd year la. ada kwn sy kata, kalau dpt lepas 2nd year geology, dah kira boleh grad la ni. oh. betapa susahnya. tp it's worth the effort.

tolong doakan sy dpt mampu menghadapi semua ni. doakan kekuatan diberikan kpd sy. moga sy tak lemah spt yg anda sangka. jazakallah khairan katsira.

Monday, January 17, 2011

Dah Itulah Dia Akhlak Kamu.

cuba kita define "akhlak" dlm erti kata yg kita senang faham.

perlakuan?

tabiat?

keperibadian?

amalan seharian?

yup. semua tu betul. tp utk definisi yg clear,
akhlak ialah sesuatu yg kita buat dlm keadaan yg spontan.

do u get the picture? apa yg kita buat dlm keadaan spontan tu la yg define akhlak kita.
the clearer definition is when kita hadapi situasi yg baru. kot.

contoh kalau kawan kita tampar kita tak pasal2. apa kita buat?

ada sstgh orang tu akn terus woi b*bi kau! kau ape hal!?
ada sstgh orang tu akn terus weyh apsal kau tampar aku??
ada sstgh orang tu akn terus tampar balik
ada sstgh orang tu akn buat combo di atas.

aaaaaaaaaaaaaaaaaakan tetapi,

ada sstgh orang tu akan rilek dulu, pastu tanya knp tampar aku?
ada sstgh orang tu akan tanya ada nyamuk ke?
ada sstgh orang tu akan tanya apa aku dah buat?
ada sstgh orang tu akan tanya simple: kenapa?

yg mana baik tu sy rasa agak obvious dan tak perlu dijelaskan la.
or maybe ada antara kita yg tak clear yg mana baik dan buruk.

ada satu riwayat concerning hal ni. im not really sure how it goes, but the picture dia mcm ni la.
note: picture takde, cuma tulisan je.

ada sorang ppuan ni, dia baru kehilangan orang yg trsayang (tak ingat plak ayah dia ke, suami, or anak) dia menangis mcm meraung.
nabi dtg kat dia. nak cuba pujuk. ppuan tu mcm go away go away huhuuuu!! (dlm keadaan marah)
nabi pun tak brkenan nak teruskan pujuk, so dia go away..

then some time later ppuan tu datang balik kat nabi, nak apologize for her behaviour, (perasaan tak stabil, bla bla bla)
tapi nabi kata dah itulah dia akhlak kamu. (lebih kurang mcm tu la)

do you get the lesson?
so what kind of behaviour defines you?

Allah knows best