Sunday, August 14, 2011

MUSLIM CAP AYAM

Cap Ayam tu bila kita diselubungi oleh kata2 takpe..

dia kapel, kita kata takpe....
tak romen pun..

tak pakai tudung, kita kata takpe...
bila dia dah sedia nnt dia pakai la. janji smayang.

tak tutup aurat, kita kata takpe...
sama2 kita je kan...dah mcm adik beradik dah

suka tgk tv yg takde faedah, kita kata takpe...
nak isi masa lapang, nak buat ape lg...

suka tgk kapel brmesra2, kita katatakpe...
sweet ape...

pegi konsert, kita kata takpe...
enjoy live music, baru seronok!

Ayat-ayat standard kita biasa dengar, ye tak? Inilah yang mencerminkan peribadi diri kita yang menerima segala kemungkaran dan dosa yang dianggap biasa di sekeliling kita.

".....maka hendaklah ditegah (membenci) dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman"

Berdasarkan daripada pandangan saya yang tak seberapa ini, bahagian hadis inilah yang diambil sebagai benchmark untuk consider diri kita sebagai "beriman". Teramatlah kurang daripada kita yang ingin mengejar ke arah keimanan yang mantap hakiki. Matlamat inilah yang patut diketengahkan dalam diri kita dalam menguatkuasakan dakwah dalam jiwa kita.

Husnuzhon (berbaik sangka) itu memang perlu ditanam dalam diri kita, tapi kita tidak patutlah menerima kemungkaran yang dilakukan oleh orang sekeliling kita dengan hati terbuka. Kedayusan dalam jiwa kita menjadikan dosa dan pahala itu terlarut sempadannya lalu mengelirukan sang pendosa itu sendiri.

Maka diteruskanlah maksiat-maksiat di hadapan mata. Kita pun terus ber"takpe" dan ber"tak salah pun". Subhanallah, how low have we fallen.

"Sesungguhnya kekurangan pertama yg menyusup ke tengah-tengah bangsa Israel ialah bahawa salah seorang antara mereka menemukan sahbatnya sedang mengerjakan dosa lalu ia berkata: "Oh, teman. Bertaqwalah kepada Allah & tinggallah apa yang anda perbuat. Itu tidak boleh!!" Kemudian keesokan harinya bertemu lagi dalam suasana sama lalu orang pertama tadi tak merasa janggal lagi untuk makan & minum & duduk bersama dengan orang yang dilarangnya kelmarin. Dan setelah keadaannya demikian, maka Allah memukulkn hati mereka satu sama lain sehingga mereka saling bertengkar & saling mempersalahkan antara sesamanya." (HR Abu Daud & Tirmidzi)

Moga Allah kurniakan kita hidayah untuk menghindari diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang sebenarnya adalah kemungkaran, tetapi dilihat sebagai "takpe" di mata hati kita.

Labbaika Allahumma Labbaik

Saturday, August 6, 2011

Permainan Tarik Tali

Di dunia ini hanya ada dua tarikan, dan dua itu sahaja yang wujud dalam kehidupan dunia kita.

Tarikan Keimanan ------ Tarikan Syaitan

Dua inilah yang menjana amalan seharian kita. Tiada yang berada di tengah-tengah.

Tarikan keimanan ini yang akan menyebabkan kita mudah dan kerap melakukan amal soleh, dan berazam untuk melakukan kebaikan. Tidak kira tempat dan waktu, fokus dalam segala amal kita adalah untuk mencari redha Allah s.w.t.. Inilah yang sepatutnya mengisi kehidupan kita.

Tarikan syaitan pula menghiasi futurnya, dan menghiasi cintanya kepada dunia. Ini yang menjadikannya berseronok dalam kelalaian, malas, berlengah-lengah, membazir masa, dan sebagainya. Kerap juga kita merasakan amal-amal ini tidaklah membawa mudarat, mahupun apa-apa kebaikan. Itulah tipu helah syaitan untuk membuat kita rasa "tak salah pun".

Kadang kala sewaktu kita melakukan kebaikan, timbullah rasa kehebatan diri yang tidak menepati syara'. Diiringi pula dengan pujian rakan-rakan yang menjadi pemangkin untuk syaitan menyelit rasa bangga diri dan megah dalam diri kita. Di situ kita dapat lihat bagaimana tarikan syaitan itu ingin menang ke atas tarikan keimanan.

Maka berulang-aliklah kita di antara dua tarikan ini. Demikianlah takdir Allah. Inilah ujian yang jelas kita hadapi setiap hari.

Saudara dan saudari sekalian,
Akan saya doakan setiap hari moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk menarik kita ke arah keimanan..

JANGAN MENGALAH KEPADA SYAITAN!! TARIIIIKKK!!



Disclaimer: Muhammad Ahmad ar-Rasyid (Muntalaq)

Wednesday, August 3, 2011

Ibrah Wira yang Dilupakan

Jejaka tampan kacak bergaya,
Wangian indah kain berjenama;

Rebutan wanita buah mulut tetangga,

Sang wira berjasa tidak dipelajari semua.

Demikian serba sedikit saya ringkaskan pandangan saya terhadap Mus'ab bin Umair r.a.

Siapa lelaki ini?

Beliau adalah Mus'ab bin Umair, pemuda anak orang kaya di Mekah yang telah menikmati sebaik-baik makanan, pakaian dan wangian pada masa itu. Beliau menjadi buah mulut orang ramai, peribadinya menjadikan masyarakat sekeliling kagum dengannya.

"Tiada siapa di Mekah yang lebih tampan daripada Mus'ab. Tiada siapa di kota Mekah ini yang lebih baik pakaian dan makanannya daripada Mus'ab. Tiada anak yang dibesarkan dengan kasih sayang yang lebih daripada dia."

Lebih kurang macam tu lah kata-kata Nabi untuk menggambarkannya.

Namun itu bukanlah ciri-ciri utama yang membuatkan Mus'ab sangat istimewa.
Istimewanya Mus'ab adalah kerana pendirian dan sumbangannya selepas memeluk Islam.

Beliau, sepertimana anak muda lain, mempunyai perasaan ingin tahu tentang perkara yang baru. Di situlah sikap terpuji yang terawal saya dapat lihat, sikap pedulisme, yang membawanya kepada Islam.

Tapi semua kebaikan itu tidak datang tanpa pengorbanan.

Beliau tidak kisah bila dipulaukan keluarganya sendiri.
Ibunya mogok lapar. Beliau digari dalam rumahnya sendiri.

Kemudian diusir sehelai sepinggang.
MashaAllah. Pengorbanan seorang pemuda demi agamanya.

Namun, sumbangan terbesarnya pada pendapat saya, adalah apabila beliau menjadi wakil pertama Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib. Beliau berdakwah dengan ketulusan dan bakatnya yang dianugerahi Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan mereka yang ingin menghalaunya keluar daripada Yathrib seperti Usaid bin Khudair dan Saad bin Muadz, yang akhirnya memeluk Islam.

"Silalah duduk dan dengar dulu. Andai kamu suka apa yang saya katakan, kamu boleh terima. Andai sebaliknya, kami akan pergi." katanya kepada Usaid apabila diancamnya.

Saya rasa tidak perlu saya ceritakan tentang kesedihan kematian beliau dalam perang Uhud.
Apa yang istimewanya ketika beliau meninggal,
Nabi berdiri di sisi mayatnya, menangis atas kematiannya dan membacakan al-Ahzab:23

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menetapi apa yang telah mereka janjikan kepada Allah..."

Adapun pakcik baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, Asadullah Panglima perang Islam ternama yang juga syahid dalam perang yang sama, namun di sisi Mus'ab jua yang menakungkan air mata Nabi.

Saudara dan saudari sekalian,

Sifat beginilah yang kita inginkan dalam pemuda pemudi kita. Belia yang mampu menjaga "cool" tatkala diserang dengan kata-kata pedas, tidak berputus asa menyebarkan kebenaran yang diyakininya, tabah meninggalkan kemewahan yang selama ini memaniskan hidupnya.

"Bila aku lihat kamu buat pertama kali di Mekah, tiada siapa yang lebih tampan dan segak bergaya daripada kamu, tapi aku lihat kamu sekarang berambut yang tidak tersikat, dan hanya satu sahaja kain yang menutup badanmu!" kata al-Mustafa.

Disebabkan oleh Mus'ab lah ramai yang memeluk Islam di kota Yathrib. Disebabkan tugas yang dijalankan olehnya, wujudlah ramai yang ingin bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Disebabkan beliau, bolehlah Nabi berhijrah ke Madinah, dan bermulalah perkembangan Islam ke pelusuk dunia.

Kebanyakan pemuda pemudi kita mengambil ringan akan tugas dan peranan beliau.

Terus pemuda kita bangkit kemarahan andai dikata dengan kata-kata menggores hati.
Dibalasnya dengan kata-kata yang tiada bezanya dengan sang pencaci, tidak kurang juga dengan kelantangan suaranya.

Mereka ingin terus ke matlamat tanpa ada usaha seperti peranan Mus'ab. Adapun mereka yang membanggakan keadilan Piagam Madinah, tapi kurang berusaha ke arah menanamkan nilai murni ke dalam hati manusia yang akhirnya mencintai Islam.

Moga Allah merahmati ruh Mus'ab bin Umair, dan moga Allah mengurniakan kita belia-belia yang sepertinya di saat jahiliyyah ini.

Ameen.
Allahu Akbar.


Disclaimer: Khalid Muhammad Khalid - Men Around the Messenger.