Monday, February 13, 2012

Penampilan Mengimejkan Jiwa Diri

"Sesungguhnya Allah itu Cantik dan menyukai yang cantik."

Baru2 ni ada sahabat saya mengeluh bila dia pakai saja kopiah, dan berbicara masalah umat, dia dilabel ustaz.
Lagi seorang sahabat saya pula mengeluh bila dia membuat rambut terpacak, dia dikomen sebagai ganas. Bukan ganas macam ganas pengganas, tapi ganas remaja...well, you know.

Brothers and sisters,

Sebenarnya pakaian yang kita pilih untuk pakai adalah satu ekspresi kepada masyarakat sekeliling bahawasanya itulah gambaran jiwa kita waktu itu. Boleh jadi kita akan memakai sesuatu pakaian pada satu masa, dan berpakian lain waktu berlainan. Ia tak lain tak bukan berkenaan dengan citarasa kita.

Cuba kita fikir sejenak. Kenapa kita beli dan pakai baju kita ni? Ataupun potongan gaya rambut? Sebab ia cantik.
Cantik dari segi apa? Cantik dari sudut pandangan kita la kan.
Apa yang membuatkannya cantik kepada kita?
Gambar TENGKORAK pada perut baju?
Gaya MOHAWK atas kepala?
BERLUBANG pada seluar jeans?
Kenapa ia cantik kepada kita?
Sudah tentu sebab ia selari dengan citarasa kita. Betul?

Apakah citarasa yang macam tu? Berbaju bintang terbalik, berambut menggapai langit..
Citarasa jiwa orang soleh? Sudah tentu kita akan kata citarasa ganas, kan? Atau salahkah firasat saya?

Jadi, bila kita dah berbaju band heavy metal dan sewaktu dengannya, berambut mengalahkan ayam jantan, berseluar jeans berlubang macam baru kena accident, saya rasa tak perlu la nak bising tentang komen2 si pengomen yang kita ni nampak ganas. Dah kita yang bergaya sedemikian, takkan kita nak expect dia kata kita kelihatan soleh dan baik pula.

Also, tak semestinya juga bila dia mengata kita kelihatan ganas bermakna dia fikir kita tak beramal soleh. Bukannya dia fikir kita tak solat. Bukannya dia fikir kita tak ada iman. Cuma dia merasakan imej kita agak ganas. Itu saja.

Dan jangan pula disebabkan mereka tak berkopiah dan berserban, mereka tak berakhlak dan berilmu pula. Dalam gambar adalah barisan kepimpinan PEMBINA yang terdiri daripada ustaz2 dan mas'ul2. Tidak semestinya mereka berpakaian korprat bermaksud mereka mengejar duniawi sentiasa.

In the fashion world, the body is the canvas. The clothes we wear is the painting. And the painting is the expression of the art of our soul.
Maka ekpresikanlah iman anda.

لبيك اللهم لبيك

Friday, February 10, 2012

Usul Periksa

Lately kini masyarakat kita khususnya golongan belia sering kali menelan sesuatu khabar berita secara bulat2. Tanpa usul periksa, berita tersebut terus diyakini dan apabila ia memangkah atau menyalahkan satu pihak yang kita benci atau tidak minati, secara bersemangat pula kita menyokongnya.

Ini sesuatu yang kita tak patut contohi. Sikap menelan khabar tanpa usul periksa bukanlah ciri2 kita sebagai orang beriman.

Maklumat berita yang tersebar di media perdana yang mendominasi di kaca tv, mahupun di media alternatif yang mendominasi address webpage masyarakat kini haruslah diambil kira sebagai sumber informasi untuk kita yang tiada pilihan lain. Unless kita boleh terus berhubung dengan pihak2 yang terlibat, janganlah jadikan buah mulut orang yang tidak berkaitan dengan insiden tersebut mempengaruhi pandangan kita sehingga membawa spekulasi yang buruk senantiasa.

Janganlah malu untuk bertanya. Ia cuma sebahagian daripada usaha kita untuk mencari kebenaran terhadap dunia kita yang sering dikelirukan demi menjatuhkan pihak lawan masing2.

Buatlah rumusan bersasarkan kepada pembaikan, berdasarkan kepada kebenaran.

لبيك اللهم لبيك