Saturday, July 21, 2012

Tunggu Ikhlas

Anda terlihat seorang tercedera di tepi jalan. Kakinya patah. Dia minta tolong anda angkatnya ke bangku. Dia minta tolong anda panggilkan ambulans. Adakah anda akan gegas segera menolongnya?....atau anda perlu tunggu ikhlaskan hati dulu sebelum menolongnya?

Anda berdiri di tengah lebuhraya yang lancar. Kereta-kereta bergerak laju dan possibility untuk langgar anda sangat tinggi. Adakah anda bergerak ke pinggir jalan, atau anda akan terus berdiri di situ dan tunggu sehingga anda tergerak untuk ke pinggir jalan?



Point saya di sini, adakah kita perlu tunggu ikhlas itu hadir ke dalam hati supaya kita mampu beramal? Dah banyak kali saya dengar ikhlas itu dijadikan alasan untuk tidak beramal. Perkara-perkara yang sering dikaitkan dengan menunggu ikhlas adalah solat, solat di masjid (lelaki saja, perempuan takpe), hijab, hijab sempurna, dakwah, beradab, dan macam-macam lagi.

Satu soalan trivial:
Sewaktu kecil, adakah kita solat dengan ikhlas? Mungkin ya mungkin tidak. Kita dididik untuk solat. Kita dididik kenapa kita solat. Kita diajar cara-cara solat. Kita diajar bacaan-bacaan dan doa-doa. Semuanya kita tahu. Tapi apakah kita ikhlas solat? Mungkin ya mungkin tak. Tapi adakah kita masih melakukannya?
Ya, kita masih solat.
Jadi mengikut pendapat (sesetengah) kita yang kata ikhlas itu kena ada baru boleh beramal, apakah mereka yang tak solat sebab menunggu keikhlasan itu lebih baik daripada mereka yang solat?
Kita boleh ketepikan keikhlasan mereka yang solat tu sebab keikhlasan itu antara mereka dan Allah, tapi, nonetheless, mereka masih solat..berbanding dengan mereka yang menunggu keikhlasan datang..so...?

Sungguh, orang yang menjadikan ikhlas sebagai alasan untuk menyempurnakan perintah Allah adalah mereka yang tidak yakin kepada agama Allah.

Allah saja yang tahu segala isi hati dan saya tak pernah layak untuk menghakimi, tapi teruslah beramal. Jangan ditangguh. Ikhlas itu akan sentiasa ada bila anda tahu kenapa amal itu ada. Cukuplah tu sebagai pendorong.
لبيك اللهم لبيك