Monday, November 26, 2012

Bajet & Poyo

"Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" HR at-Tabrani

Akan ada segelintir orang yang tak nampak apa yang diajarkan di sini. Satu elemen yang penting untuk disampaikan di sini adalah taqwa. Sebab memang eventually, iman dan taqwa yang akan menggariskan output amalan kita.

Ada segelintir orang yang melihat kita sebagai poyo, bajet dan sebagainya sebab kononnya mereka lebih mengenali siapa diri kita yang sebenar, lalu jika kita ingin cuba beramal, mereka akan kata

"wey tak payah la nak berlakon..." "ape yang ko cuba buat ni?" "dahla tak payah la ko buat-buat macam ni. menyampah aku tau tak" "tak payahla, aku tengok pun rasa ko ni poyo tau tak"

Percaya atau tidak, kata-kata sebegini memang pernah dilemparkan kepada saya, dan bukan dari orang yang sembarangan. Tapi daripada orang yang hampir kepada kita. haih. Memang macam ni lumrah kehidupan bagi mereka yang cuba berubah.

Mereka akan cuba meyakinkan kita untuk "jadi diri sendiri", yakni seperti mana yang mereka rasa mereka kenal kita. Seandainya mereka rasa kita ni suka mengusha perempuan, mereka akan kata ala rilekla macam ko tak biasa plak, ataupun mereka rasa kita suka dengar k-pop mereka akan kata eleh buat-buat tak suka pulak, ataupun lebih kebiasaannya, mereka rasa kita ni tak islamik pun, jadi mereka akan kata tak payahla nak jadi macam tu, just be yourself.

Well guess what.
This is me now. I wanna change.
I wanna be a good muslim. I don't wanna stay the sinful same like you want me to.

Biarlah aku nak buat-buat menangis bila aku baca Quran. Walaupun aku tak berapa faham apa yang aku baca melainkan ada terjemahan (which by the way, boleh jadi satu sebab untuk menangis sebab tak faham apa yang kita baca. Sedihnyoo tak faham. Ayat-ayat Allah koott).
Biarlah aku nak bajet islamik, daripada engkau, takde cenderung kepada agama dan pembaikan diri, cuma cenderung kepada kebahagiaan duniawi kau, kau nak aku jadi macam kau?
Urmm...takpelah.

Kepada mereka yang selalu mengata kepada mereka yang ingin berubah, silakan mengata. Sebab ia memang sebahagian daripada lumrah untuk berubah, and haters gonna hate.

لبيك اللهم لبيك

Friday, November 16, 2012

HABIS BELAJAR

Ramai dah duk tanya
"Amier, bila habis belajar?"
Dah lama sangat orang tanya macam tu. Sejak tahun lepas rasanya.

Well guess what.
Saya dah habis belajar! Hehe insyaAllah la kalau takde fail apa-apa.....mohon doa ya.

Sekarang saya sibuk apply untuk bekerja, kalau ada rezeki, saya nak kerja di sini, sebab kedengarannya kerja-kerja geologist memang banyak, since Australia ni kaya dengan resources.

And now i am doing fine, happier than ever, alhamdulillah. Mudah-mudahan saya aktif dalam gerak kerja dakwah masyarakat, dan moga hidup saya diberkati, dan saya minta anda doakannya.
Jazakallahu khairan for reading my blog.

لبيك اللهم لبيك

لا تغضب = iman

Saya pernah buat perkara-perkara yang saya tak banggakan. Lantas, dimarahi tu memang tak boleh dielak. Tapi atas pengalaman saya, marah ni ada macam-macam metodologinya. Dan atas dasar hakikat, semuanya bergantung kepada tahap iman dan kekuatannya.

Orang yang kuat bukanlah orang yang kuat bergaduh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah H.R Bukhari

Satu perbezaaan ketara marahnya orang yang beriman dengan yang kurang atau tidak, adalah jenis kata-kata yang dipilih untuk menyampaikannya.
Kata-kata kasar yang terbocor daripada lidah selalu dikatakan sesuatu yang kita tak maksudkan. Sampai bila kita nak menipu diri sendiri dan juga orang lain? Lidah selalu menyampaikan isi hati berdasarkan hati. Hati pula terkawal oleh iman.
Jadi algorithm kepada output kemarahan kita sememangnya bermula dengan..............wait for it...........iman.


Jadi

lidah sampaikan isi hati
isi hati terkawal oleh iman
jadi output daripada lidah secara directly berpunca daripada isi hati yang dimonitor oleh iman

tak dinafikan, marah ni memang akan berlaku whether you like it or not apabila perkara yang kita tak suka terjadi, tapi the outcome selepas terjadinya perkara itu bergantung kepada kita

Do your best, fellow hulks. Jangan marah.
لبيك اللهم لبيك

Sunday, November 11, 2012

Y U NO HIJAB??

"bila dah sedia nanti saya pakai la"

Sister,
Bilakah masanya anda akan bersedia itu?
Pada pendapat saya, tiada siapa pun yang dapat menjamin saudari akan hidup esok hari.
With every passing moment saudari memaparkan aurat kepada umum, saudari sudah dan akan terlepas peluang untuk memenuhi tuntutan hak Allah s.w.t ke atas saudari.

"nak tunggu ikhlas dulu, tak nak jadi hipokrit"

Sister,
Berhijab itu walaupun tidak termaktub dalam rukun islam, tetapi ia sememangnya wajib bagi muslimah untuk berhijab. Sebab ia sememangnya termaktub dlm Quran.

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka", yang demikian itu mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" [33:59]

"Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan mereka memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau para perempuan sesama Islam mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para lelaki (tua) yang tiada keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengenal erti aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung" [24:31]

Saya pernah terdengar ada seseorang perempuan persoalkan di mana ada Allah suruh wajibkan bertudung. Seperti terteranya ayat-ayat Allah di atas, tak, Allah tak wajibkan bertudung, cuma wajibkan menutup. Jadi, kalau nak tutup dengan surat khabar atau kain pelikat pun boleh.
"Sesungguhnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu yang mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang-orang yang kufur (engkar)" [39:59]
لبيك اللهم لبيك