Wednesday, December 5, 2012

ISMA dan Politikus Malaysia

Mesej ISMA kepada PAS supaya PAS bersabar lagi, sebab kekuatan umat belum cukup lagi untuk menjadi dominan.

Mesej ISMA kepada UMNO supaya UMNO kembali dan berjuang dengan ikhlas untuk Islam dan kembali berakhlak dengannya.

Mesej ISMA kepada umat Islam seluruhnya adalah kita bersatu menentang agenda musuh dan mempertahankan Islam.

Mesej ISMA kepada bukan-muslim ialah jangan mencuba ubah Malaysia, kerana kami ada sesuatu yang lebih baik untuk anda.

Tak tahu la kenapa ramai yang pandang serong terhadap ISMA. Kata ISMA ni UMNO, tak tahu ke ISMA ada bantu PAS dalam PRU 2008?
Kata Islam ni adalah untuk seluruh alam dan bukan melayu saja, memang la betul. Tiada siapa yang akan nafi, termasuk ahli ISMA sendiri. Tapi hakikatnya di Malaysia ni bangsa apa yang menjadi imej dan pendokong Islam? Bangsa apa yang majoriti? Dalam bisnes ia dipanggil target marketing.

Melayu Sepakat Islam Sepakat tu hanya pendekatan kepada mendaulatkan Islam, bukannya prinsip yang tetap selama-lamanya.

Harap anda lembutkanlah hati dan ubah persepsi terhadap ISMA. Bagi saya, ISMA adalah antara badan dakwah yang terbaik di Malaysia.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat
لبيك اللهم لبيك