Monday, January 14, 2013

Muhasabah untuk Pengikut

Kita panggil satu pihak zombie hijau pengikut sesat ataupun lembu fulamak umngok, kita ni mulia sangat ke? Apa yang kita ingin capai sebenarnya?

Pernah tak golongan PAS mengucapkan tahniah atas apa-apa tindakan baik UMNO, atau pernahkah golongan UMNO mengucapkan tahniah atas apa-apa tindakan baik PAS?

Berbeza sungguh antara parti politik dengan jemaah Islam seperti ISMA, IKRAM, HALUAN, PEMBINA, Muafakat dan sebagainya yang saling bersepakat dan compliment antara jemaah yang lain.

Sebab tu saya rasa orang politik ni memang tak habis-habis mahu menjatuhkan satu sama lain, dan ditambah dengan ketiadaan disiplin dan saling menghormati. Yang jelas hanyalah gila kuasa kedua-dua pihak tanpa memikirkan kepentingan umat. Pengikut-pengikutnya pula makin fanatik dan menghentam antara satu sama lain tanpa mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh yang lain.

Fikir balik dan muhasabah..kenapa kita jadi macam ni..
Kembalilah kepada Allah dan Rasul. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pertelingkahan antara muslim.

Pada pendapat saya, ahli-ahli parti-parti politik kini perlu berubah, atau digantikan oleh mereka yang lebih berakhlak dan berdisiplin, dan bersedia untuk menghulurkan tangan antara satu sama lain untuk membaik pulih negara dengan mengutamakan nasib umat dan kedaulatan agama.

Just my 2 cents

"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah.." Āli Imran: 103

لبيك اللهم لبيك

Wednesday, January 9, 2013

Sepakat Lalu Berdaulat

Headline-headline hasil progresif Arab Sepakat Islam Berdaulat Hamas dan Fatah di bumi Palestin:

"Israel mendesak Fatah untuk pertimbangkan hubungannya dengan Hamas"

"Israel dan Amerika tercabar"

"Hubungan Hamas dan Fatah semakin baik"

Walaupun ditindas teruk dan dikhianati beberapa kali sebelum ini, atas dasar persamaan aqidah dan bangsa, Hamas tetap bersedia untuk bersepakat dengan Fatah demi kepentingan umat sejagat. Begitu juga dengan Fatah.

Saya harap UMNO dan PAS dapat pelajari persepakatan ini sebab tiada kerugian yang akan berlaku kepada mana-mana pihak. Cumanya umat Islam dapat bersatu untuk menjaga kepentingan umat jua.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat.