Wednesday, February 13, 2013

Klarifikasi Hadis Solat

Bukan nak tembak sesiapa, tapi ramai kawan yang kecoh pasal satu hadis ni, sampaikan mereka mempertikaikan mazhab-mazhab yang wujud kini. Hadis tersebut berbunyi begini:

"Solatlah sepertimana kau lihat aku solat"

Ramai kawan yang tersasar sikit daripada memahaminya dalam konteks yang sebenar, lalu mereka katalah
"Mazhab imam sekian bukanlah yang paling tepat, jadi kita carila yang lebih tepat"

Saya tak nafi mencari cara solat sah Nabi tu penting. Tapi sampai tahap mengatakan mazhab-mazhab itu ini tak tepat, itu kurang menyenangkan hati saya.

Hadis yang tersebut di atas tu sebenarnya memaksudkan
"hang solat macam aku, sudahlah" (ayat ustaz Don)
Maksudnya sahabat-sahabat zaman Nabi dah meriwayatkan bagaimana mereka melihat nabi solat, lalu ahli-ahli akademik membukukan observation mereka itu. Perbezaan yang wujud tu bukanlah yang ketara, tapi masing-masing mempunyai bukti dalil yang mantap. Jadi ia dibukukan sebagai sunnah.

Tambahan lagi, imam-imam kita meletakkan garis-garis untuk ikut cara-cara nabi.
Contohnya kita belajar di sekolah (Malaysia) waktu ambil wudhu, paling kurang air kena tiga helai rambut pada ubunnya (correct me if im wrong). Sejak kita ada di Malaysia, kita boleh assume yang mengajar ni berdasarkan mazhab Syafie.
Jadi yang kita perlu faham, Imam Syafie bukanlah suruh kita buat macam tu (basuh tiga helai rambut sahaja). Itu cuma garis minimal.(correct me if im wrong).
Lagi satu contoh waktu kita berdiri dalam solat, kita diajar tangan diletak area atas pusat, bawah dada (correct me if im wrong). Jadi di sekolah kita belajar letak tangan atas dekat dengan pusat. Lagi sekali, bukannya Imam Syafie suruh buat macam tu. Beliau cuma menggariskan di mana nak letak tangan kita tu.

"Solatlah sepertimana kau lihat aku solat", maksudnya tak payahlah nak tambah apa-apa tepuk-tepuk atau silat dalam solat kita. Mazhab-mazhab dalam aliran Sunnah walJamaah merupakan observation yang paling dekat dan tepat kepada Nabi kita. Mazhab-mazhab ini merupakan preservation kepada cara-cara Nabi yang tak dapat kita lihat pada zaman selepas kewafatan baginda.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah, dan redha Allah ke atas sahabat-sahabat baginda, dan rahmat Allah ke atas tabi'in, dan saya doakan rahmat kepada kawan-kawan saya yang mencari kesahihan amal.

Moga saya dapat membawa pencerahan. Minta tegur saya bila salah.