Tuesday, May 28, 2013

Hoi Orang Melayu

Wahai orang melayu yang muslim
Ketahuilah tanpa Islam, anda tidak mulia.

Wahai orang melayu yang memang muslim
Ketahuilah tanpa Islam, kita akan tenggelam dalam lautan jahiliyah.

Wahai orang melayu yang sememangnya muslim
Tanpa Islam, hilanglah identiti anda sebagai orang Melayu.

Wahai orang melayu yang lahirnya dalam keluarga muslim
Sesungguhnya Islam lah yang memberikan wajah pada bangsamu.

Wahai orang melayu yang mengaku muslim
Ketahuilah Islam yang memberikan anda nama. Daripada nama kuno kepada nama baik lagi bermakna.

Wahai orang melayu yang membaca Quran
Ketahuilah Hukum Kanun Melaka telah menjadikan Kitab Allah itu sebagai panduan dan asasnya.

Wahai orang melayu yang mengiktiraf keesaan Allah
Kembalilah kepada ajaran Islam, cara hidupnya dan peradabannya.

Itulah melayu, sesungguhnya Islam yang mencorakkan anda. Tapi anda yang menyimpang daripadanya. Maka hilanglah kemelayuan anda.

Benarlah kata Umar al-Khattab,

Pak Cik Muhammad Penjaga Kedai Tamar

Pada satu tengah hari sebelum zohor, saya dan mak pergi shopping kurma di Madinah untuk dibawa balik ke Malaysia. Kami singgah di kedai dekat dengan hotel kami.

Macam biasa, peniaga di Madinah sangat peramah. Pak cik yang jaga kedai kurma ni bernama Muhammad. Saya kenal lepas mak saya tawar-menawar dan testing mentesting kurma yang ada.

Satu perbualan yang menarik bila dia mula bertanya..

اين ستي رحمة؟ (mana siti rahmah)
Maksudnya dia nak tanya mana isteri saya. Saya tersenyum. Saya jawab..
ليس...(belum ada/tiada)
Dia macam tergamam dan tanya
لماذا...(kenapa..)
Saya cakap kat dia
اني الشاب..(saya ni muda..)

كم عمرك؟ (berapa umur kamu?)
23, saya jawab.

اني نكحت، ١٨. زوجتين. (Saya kawin umur 18. Dua isteri, sambil tunujk dua jari)

Saya tersenyum. مبروك (Tahniah)

ابحث لك(saya carikan untuk kamu)

Saya tersenyum lagi sambil geleng kepala.
Mak panggil untuk teruskan perjalanan.

شكراً يا محمد Sambil beredar selepas dia bagi saya rasa teh dia.

Hehe sebenarnya nak cerita kat sini, orang Madinah memang baik belaka. Dua orang penjaga kedai dah offer nak carikan isteri.
Satu nasihat saya, bila dah sampai Saudi dan terfikir nak beli souvenir, beli la kat Madinah. Tak payah beli kat Mekah sebab barang di Mekah relatively lebih mahal.


Thursday, May 16, 2013

PRU 2013: Gambar Besar

BN vs PR. Bagi masyarakat Malaysia, mereka menganggap ia sebagai haq vs batil. Masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang haq.

Akan tetapi, pada pandangan saya yang kecil menyiput ini, ia bukan mengenai BN vs PR semata. Saya undurkan diri selangkah dan alhamdulillah dapat melihat daripada kaca mata yang asing daripada masyarakat yang terperangkap dalam blok politik masing-masing.

Saya dapat lihat ia adalah lebih kepada Islam vs Liberalism.

Bukan saya nak kata satu pihak daripada BN vs PR itu Islam dan yang lagi satu liberal, tapi ia merupakan pertarungan yang wujud secara menyeluruh. Maksud saya,
Dalam BN itu sendiri wujud Islam vs liberalism, dan dalam PR itu sendiri wujudnya pertembungan yang sama.

Dalam BN, wujudnya UMNO (walaupun kurang islamik, mereka tetap orang Islam, therefore mewakili orang Islam *ok fine*) dan wujud juga komponen lain, yang jelas tidak meminati agenda Islam untuk Malaysia. Mereka ini yang menjadi pendesak dan suara tidak mahukan negara yang islamik. Tambahan pula, sebahagian besar individu ahli politik muslim yang berkuasa besar akur dan membenarkan saja pandangan mereka itu. Namun, dominasi orang Islam (walaupun kurang islamik) masih wujud dalam pakatan mereka. Malang sekali, ramai individu dalam UMNO sering dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan, dan kerap sekali dibongkarkan kepada masyarakat.

Dalam PR, wujudnya PAS (yang mewakili suara *ok fine* Islam) dan juga wujud komponen lain, yang jelas sekali tidak meminati agenda Islam untuk negara. Malah, mereka menyuarakan liberalism mereka sebagai dasar perjuangan mereka. Bukan saja memperjuangkan agenda mereka, malah menolak agenda Islam komponen PAS dalam PR. Tambahan pula, sebahagian besar individu ahli politik muslim yang berkuasa besar mengetepikan perbezaan dasar dan perjuangan komponen-komponen dalam PR, demi menjatuhkan pihak lawan. Objektif utama mereka adalah menjatuhkan BN yang "secara keseluruhannya korup" semata-mata, dan perbezaan di antara mereka akan diuruskan bila berada di tampuk pemerintahan. Malang sekali, apakah Islam akan berjaya sebagai agenda utama blok ini walaupun sangat ditentang keras oleh komponen-komponen besar di dalamnya?

Kesimpulannya, siapa saja yang menang PRU13, tapi tidak menjadikan Islam sebagai agenda utama blok tersebut,
ISLAM TETAP KALAH.

Islam tidak akan tertegak sekiranya orang Islam itu sendiri tidak mahu menegakkannya, dan
Islam tidak akan tertegak sekiranya orang Islam itu diremehkan oleh orang lain.

Hari ni, kita dapat lihat satu implikasi daripada pertembungan Islam vs liberalism ini dalam isu semasa,
di mana agama Nasrani mendapat tempat besar dalam pendidikan, atas "jasa baik" Timbalan Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi, dan kelulusan Menteri Pendidikan.
Saya tak akan menuding dan kata ini salah BN, sebab saya tau perkara yang lebih kurang sama akan berlaku sekiranya PR menang PRU sebelum ini. Tapi saya masih kecewa dengan BN atas kejahilan mereka ini.

Jadi saya rasa kita patut setuju mengapa pemimpin muslim yang berwibawa dan para ulama harus dinaikkan menjadi pemimpin.

Sekadar pandangan daripada rakyat yang merisaukan negara Islamnya.
لبيك اللهم لبيك