Thursday, July 18, 2013

Jadi Sendiri?

Nak tau tak hakikat bila orang kata biarla saya jadi diri saya sendiri?

Hakikatnya kita minta orang lain terima apa yang kita suka buat. 

Dan apa dia yang kita suka buat? 
Kita buat dan jadi apa yang kita suka, obviously. 

Dan apa dia yang kita buat yang kita suka?
Kita buat apa yang orang lain buat, yang jatuh ke dalam lubuk minat kita.

Jadi kesimpulannya, kita ingin ikut contoh yang kita sukai. Tiada makna di sebalik jadi diri saya sendiri, melainkan biarla saya ikut apa yang saya suka. 

Bukan macam tu? Jadi dari mana datangnya minat nak jadi hip hop? Bukan dari artis dan music hip hop?
Dari mana datangnya nak serupa diva? Bukan dari orang macam Azwan Ali?
Dari mana datangnya minat nak jadi rockers kental kalau bukan artis macam Metallica dan lain-lain?

Cukup-cukupla terikut sangat dengan mereka, sahabatku. Jangan sampai hilang identiti sebagai orang yang mengikut contoh terbaik di bumi ini,

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang terbaik, bagi mereka yang menginginkan Allah dan Hari Akhir, dan yang banyak mengingati Allah" al-Ahzab:21.

Tidak ada yang lebih baik daripada contoh terbaik yang Allah katakan. Tidak ada teladan yang kita patut dedikasikan seluruh hidup kita, selain daripada mengikuti langkah Rasulullah s.a.w.

Kalau mahu ikut apa yang kita suka, tiada masalah. Cuma janganlah terlebih. Tapi lihatlah cermin. Dan khabarkanlah kepada diri anda: 

Saya muslim, dan tiada yang lebih disukai daripada Islam. 

لبيك اللهم لبيك