Friday, January 10, 2014

Kalimah Allah

Ramai di Malaysia yang setuju kalimah Allah dikhususkan untuk umat Islam, termasuk mahkamah, para ilmuwan dan NGO, tapi ada juga segelintir daripada umat kita yang nak juga bela puak yang masih sangka mereka boleh rujuk tuhan mereka sebagai Allah.

Soalan saya, mengapa bela?

Ya saya setuju Allah s.w.t. adalah Tuhan sekalian makhluk, tapi kepercayaan mereka terhadap tuhan tidak sama dan bertepatan dengan sifat Allah yang hakiki, iaitu tiada tuhan selain Allah.

Allah itu satu. Allah tidak memerlukan sesiapa, bahkan kita yang memerlukanNya. Tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang mampu dibandingkan denganNya.

Saya rasa kita setuju dengan kenyataan di atas. Demikian Allah sendiri yang katakan dalam surah al-Ikhlas. Jadi kita sebagai umat Islam, perlu mengangkat dan mengagungkan nama dan sifat Allah ini, bukan dibiarkan disama ratakan namaNya dengan konsep tuhan agama lain. Contohnya; Allah itu adalah bapa yang mempunyai anak (nauzubillah)

Ada pula yang ingin menjustifikasikan penggunaan nama Allah oleh umat bukan Islam kerana bahasa.

Ya, perkataan ilah itu bahasa arab. Kalau nak katakan orang arab yang bukan Islam juga rujuk tuhan sebagai Allah, non-muslim yang ingin pakai nama Allah sebagai tuhan mereka di Malaysia ni orang arab ke? Saya rasa tidak. 

Ada juga yang rasa kalau bahasa melayu boleh pinjam-pinjam daripada agama atau bahasa lain, kenapa mereka tak boleh pula?


Saya rasa pembuat gambar di atas tidak tahu, sebelum kedatangan Islam ke nusantara, penduduk tempatan beragama hindu-buddha dan berbahasa sanskrit.  Jadi, senarai terminologi di atas tu memang di'assimilate' kepada lidah tempatan. Bukannya pinjam, tapi memang bahasa orang nusantara.

Tapi saya sangat setuju kita sebagai umat Islam perlu membiasakan lidah kita dengan terminologi Islam dengan bahasa Nabi Muhammad s.a.w.. Itu patut diusahakan. 

Bayangkan, bila kita sebut rumah Allah, kebiasaannya kita akan fikir pasal Kaabah atau masjid-masjid dan surau-surau, tapi kemudian dikatakan juga gereja itu rumah Allah juga (nauzubillah). 

Pertahankanlah nama Allah.
Tak, Allah tak perlukan kamu untuk pertahankan namaNya.
Cuma saya risau kita digolongkan bersama mereka yang merendahkan martabat nama Raja segala raja; Allah.

Jadi, persoalkanlah kepada mereka,
mengapa sebenarnya mahu guna nama Allah, kalau bukan mahu dekatkan orang Islam kepada agama mereka?

Saya akan redha mereka gunakan nama Allah apabila mereka mengiktiraf Allah itu Satu dan tidak beranak,
tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah,
dan al-Quran itu Kitab Allah.

لبيك اللهم لبيك

No comments:

Post a Comment