Tuesday, March 25, 2014

Pengaruh Media

Saya tak puas hati dengan the Malaysian Insider. Dr. Ridhuan Tee diperburukkan disebabkan contoh-contoh yang diberi. Sekadar contoh, pun dijadikan fokus bicaranya. Saya bukan pengikut tegar beliau, tapi saya rasa tak adil bila Malaysian Insider ambil sekerat daripada artikel Ridhuan Tee, kemudian dijadikan headline dan fokus.

Boleh baca artikel beliau di BLOG RIDHUAN TEE 
Tak panjang mana pun. 5 minit boleh habis dibaca. Beliau menceritakan pengajaran yang boleh didapati daripada tragedi MH370. Semuanya bagus belaka. Dan gaya ayatnya memang gaya dia berceramah.

Boleh baca artikel di Malaysian Insider dengan headline nya

Serve cendol on flight, not beer, says Ridhuan Tee in listing lessons from MH370

Yang dijadikan bahan cuma 4:
Hijab dan pemakaian pramugari
Arak
Jati diri dan identiti negara
Security check

Yang saya tak puas hati, Malaysian Insider mengasingkan fokus di atas daripada konteks asal seperti ia tidak berkait. Susunannya pula menjadikan ia nampak seperti tak rasional.

Beliau sarankan pramugari yang beragama Islam menutup aurat dan berpakaian seperti orang Islam sejati. Sebab mereka orang Islam, yang berjati diri Islam, dan mengangkat Islam agama persekutuan,
Fine, jadi salahkah saranannya?

Sebagai negara Islam, beliau sarankan tidak menjamu arak, tapi sediakan makanan atau minuman yang mencerminkan Malaysia. Alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.
Cendol cuma dijadikan contoh makanan tempatan, itu pula dijadikan headline?

Security check sebenarnya point awal kepada artikel beliau. Tapi diletakkan pada bahagian terakhir artikel Malaysian Insider, untuk menghighlightkan perkataan "raba" yang ditranslate" kepada "fondle". Yang beliau maksudkan adalah "search". Tak perlu diterjemahkan kepada perkataan sebegitu rupa

Kalau ambil sekerat, itu saja lah yang masyarakat fikir dia bicarakan. Memang luar konteks.
Adil tak? Ambil ayat-ayat tertentu, untuk dijadikan fokus, lalu judging daripada situ? Langsung terkeluar daripada konteks asal. Saya rasa tak adil. Memang jelas Malaysian Insider mahu memburuk-burukkan golongan tertentu.

Lalu golongan-golongan yang malas membaca artikel sebenar beliau komen.
Saya setuju mungkin pengajaran MH370 ini boleh disampaikan kemudian seperti seminggu selepas berita buruk ini, tapi janganlah menghukum beliau sebegitu.

Saya tak setuju dengan journalism sebegini.

No comments:

Post a Comment